Wednesday, October 6, 2010

PENGENALAN DAR QURAN WAL HADITH


Pengenalan

Dar al Quran dan al Hadith merupakan sebuah pusat pendidikan yang menjadikan hafazanAl    Quran dan    hadith Nabawiyyah sebagai mata pelajaran teras. Para pelajarakan turut diajar dengan ilmu-ilmu Diniyyah dan Bahasa Arab berdasarkan sukatan beberapa maahad yang yang terdapat di negara Timur Tengah seperti Makkah, Yaman, Syria dan Mesir yang telah sekian lama mengaplikasikan kaedah ini dalam pengajian mereka. Tanpa meminggirkan mata pelajaran akademik, sekolah ini juga menyediakan peperiksaanSPM dan STAM sebagai persediaan bagi para pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

 Falsafah
-          “Sesiapa yang Allah kehendaki dengannya kebaikan, maka dia akan difaqihkan
        dalam agamanya”

Objektif
·         Membentuk kecemerlangan minda melalui al Quran
·         Membentuk generasi huffaz yang rasikh (mantap) dalam pelbagai disiplin ilmu
       melalui sistem  pendidikan tradisi ulama’ silam.
·         Melahirkan kader-kader yang peka dengan isu-isu semasa dan mampu mempertahankan
       Aqidah Ahli Sunnah wal Jama’ah yang tulen.
·         Melahirkan para pendakwah yang mampu manggarap adab dan mesej dakwah
       Rasulullah memalui pendekatan dakwah secara berhikmah dan memberi peringatan yang
       baik dalam apa jua situasi.
Syarat Kemasukan
1.       Lelaki
2.       Berumur 13 tahun
3.       Mendapat 4A atau 5A dalam peperiksaan UPSR
4.       Boleh membaca al Quran dan menulis jawi dan berminat dalam menghafaz Hadith

4 comments:

  1. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

    Tahniah atas pelancaran blog untuk DQWH..semuga menjadi platform komunikasi yang berkesan.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  2. Kalau amik budak yg dapat 4a dan 5a saja tak berpeluanglah budak yg dapat kurang drpd tu dan minat tahfiz.tak adil la mcm tu.pilih yg segar saja yg lalu sikit tak terima sdgkan nak menjana ilmu ni tak pilih murid.apa nak jd institut tahfiz sekarang......nampak sgt nak nama..sdgkan kewajipan menyebar ilmu adalah lbh penting.(kalau amik budak lemah takut prestasi sekolah merosot konon...)

    ReplyDelete
  3. setuju dengan pandangan Muhammad nashir....

    ReplyDelete